MAJLIS KHATAM AL-QURAN MERIAH

PUTRAJAYA, 11 JUN 2018 – Kira-kira 200 warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menyertai majlis Khatam Al-Quran sempena Program Ihya’ Ramadan yang diadakan di Surau At-Tijarah, Aras 1 Bangunan Kompleks KPDNHEP di sini hari ini.

Majlis yang dihadiri Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Jamil Salleh serta kedua-dua Timbalannya berlangsung dengan sederhana sebelum disusuli dengan majlis penyampaian zakat kepada mereka yang layak.

Seramai 90 peserta tadarus mengambil bahagian sejak satu Ramadan lalu. Mereka dibahagian kepada 10 kumpulan bagi menyempurnakan tadarus itu.

Majis khatam disertai kesemua yang hadir dengan membacakan surau-surah secara beramai-ramai sebelum disudahi dengan doa yang dipimpin Ustaz Mohd. Shukri Abdullah.

Seramai 25 pula menerima sumbangan zakat. Mereka terdiri daripada warga KPDNHEP, kontraktor dan pekerja pembersihan bangunan ini.

Majlis berakhir dengan solat Zohor berjemaah yang dipimpin Ustaz Mohd. Rizal Ismail. Majlis ini dianjurkan bersama Badan Kebajikan Dan Sukan KPDNKK dengan kerjasama Surau At-Tijarah.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat