MENTERI KPDNHEP WAKIL TPM RASMI MAJLIS MRCA

DAMANSARA UTAMA, 20 JULAI 2018 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution Ismail yang mewakili Timbalan Perdana Menteri malam ini merasmikan Majlis Pentauliahan anjuran Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia (MRCA) bertempat di Ballroom Imperial, One World Hotel, Petaling Jaya di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,500 ahli persatuan ini bertemakan ‘An Evening With The Musicals’. Pada majlis ini, ahli – ahli majlis yang baharu dilantik menerima surat pentauliahan masing-masing yang disaksikan Dato’ Saifuddin Nasution.

Mereka memberi komitmen akan menerajui persatuan dengan cemerlang bagi penggal 2018-2020 selain menjanjikan perkembangan positif industri peruncitan dan francais untuk tahun yang akan datang.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), KPDNHEP, Dato’ Basaruddin Sadali.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP