MIRI JADI LOKASI PELANCARAN SKHMP KRISMAS

MIRI, 23 Disember 2017 – E-Mart Sungai Ruan, Miri menjadi lokasi untuk majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas 2017.

Majlis ini disempurnakan Timbalan menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Dato’ Henry Sum Agong dalam satu majlis yang ringkas pagi tadi.

Hadir sama, Pengarah Penguatkuasa, Dato’ Mohd. Roslan Mahayudin, Pengarah KPDNKK Sarawak, Dato’ Stanley, Ketua Penguatkuasa KPDNKK Negeri dan beberapa pegawai kanan KPDNKK Sarawak serta  Residen Bahagian Miri.

Sebanyak 16 jenis barangan yang wartakan sebagai barangan kawalan sempena musim perayaan ini yang bermula hari ini dan berakhir 27 Disember nanti.

Ketika mengadakan lawatan di sekitar pasaraya itu, Dato’ Henry berpuas hati dengan harga yang ditawarkan dan berharap agar lain-lain pengusaha dapat mengikut jejak langkah pasaraya ini dengan menawarkan harga yang berpatutan.

Dato’ Henry juga mengingatkan peniaga supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dengan menggunakan papan tanda berwarna merah jambu serta tidak menaikkan harga jualan mereka.

Katanya, pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNKK dengan dibantu banyak pihak akan mengadakan pemeriksaan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara bagi memastikan tiada berlaku pelanggaran Perihal Dagangan dan Akta Pencatutan 2011 yang mmebolehkan seseorang itu didenda sehingga RM 200,000.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

 

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat