NASI HARAPAN UNTUK BANTU RINGANKAN BEBAN PENGGUNA

PULAU PINANG, 4 OGOS 2018 – Idea memperkenalkan nasi harapan tatkala rakyat sedang membicarakan mengenai kenaikan kos sara hidup dianggap satu langkah yang tepat bagi membantu pengguna untuk mendapatkan makanan dengan harga yang munasabah.

Dengan nasi, sambal sardin, pucuk tauhu, sayur brocolli dan timun membolehkan orang ramai mendapatkan nasi ini dengan harga sebanyak RM 1.90 sepinggan berbanding harga sepinggan nasi lemak yang sama kuantitinya yang biasa dijual dengan harga RM 2.00 hingga 2.50 sepinggan.

“Nasi Harapan ini dijual dibeberapa negeri bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan harga yang munasabah. Saya amat terharu kerana di dalam keadaan rakyat yang sering bercakap mengenai kos sara hidup yang meningkat, masih ada pihak yang mencari idea untuk membantu pengguna dengan memperkenalkan nasi yang murah,” ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution kepada pemberita selepas melancarkan Nasi Harapan sempena Bulan Kemerdekaan di Restoran Mama Vege di Persiaran Gurney dekat sini, petang tadi.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP