PASARAYA AEON BIG SAMBUT LANGKAH BANTU KURANG BEBAN RAKYAT

KEPONG, 26 JULAI 2018 – Pasaraya Besar AEON Big menyahut seruan untuk membantu kerajaan bagi meringankan beban hidup rakyat dengan memperkenalkan Kempen Penurunan Harga “Jimat Poket Setiap Hari” berwajah baharu.

Kempen yang dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Saifuddin Nasution Ismail di sini hari ini merupakan satu inisaitif bagi menunjukkan komitmen rangakaian pasar raya besar berdasarkan prinsip-prinsip hanya menawarkan harga rendah, kualiti produk, perkhidmatan dan kemudahan.

Dato’ Saifuddin dalam ucapannya berkata, KPDNHEP akan terus berusaha memperkenalkan pelbagai program bagi meminimumkan isu –isu rakyat dalam membeli belah barang – barang keperluan harian sebagai usaha-usaha prihatin kerajaan.

Kempen yang memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan untuk berbelanja secara bijak melalui “Jimat Poket Setiap Hari”, dengan kerjasama dari pasar raya besar terutamanya AEON Big sentiasa sedia untuk meneruskan program seperti penurunan harga dan Thank You Day yang sedang dilaksanakan.

Sementara itu, pelanggan-pelanggan hari ini lebih bijak berbelanja dan sangat memahami tentang kebiasaan perbelanjaan mereka. Melalui kempen “Jimat Poket Setiap Hari”, mereka akan menang membeli pada setiap hari kerana  mereka dapat menikmati konsep jualan dan inovasi membeli belah yang diamalkan di seluruh pasar raya besar ini.

Kempen ini melibatkan penurunan harga pada lebih daripada 500 barangan dengan purata dariada 10 peratus potongan harga yang akan dimanfaatkan pelanggan.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP