PEMANGKU RAJA PAHANG LANCAR PENUBUHAN KOPERASI

KUANTAN, 19 APRIL 2018N – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al_haj Inbi Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustaain Billah berkenan melancarkan penubuhan Koperasi Pegawai-pegawai Masjid Negeri Pahang Berhad dan Koperasi kakitangan Istana Abdulazzi Pahang bertempat di Hotel Grand Darul Makmur di sini, hari ini.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh dan beberapa pemimpin negeri dan KPDNKK dihadiri lebih 400 ahli Koperasi seluruh negeri ini.

Pemangku Raja Pahang dalam titahnya memaklumkan bahawa idea penubuhan Koperasi bagi pegawai-pegawai masjid ini bagi membolehkan mereka mempunyai satu bentuk kerjasama dalam meningkatkan ekonomi di samping menyatukan mereka di bawah satu bumbung. Jumlah pegawai-pegawai masjid yang begitu ramai membolehkan mereka merancang pelbagai aktiviti bagi menjana sumber pendapatan.

Baginda amat berminat dengan idea penubuhan Koperasi ini dan sedia memberi perhatian bagi memastikan Koperasi ini ditadbir dengan baik dan mendatangkan manfaat kepada ahli-ahlinya nanti.

Sementara itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan bantu sebanyak RM 100,000 kepada Koperasi ini dan Koperasi Kakitangan Istanan Abdul Aziz Berhad bagi membolehkan kedua-dua Koperasi ini memaulakan aktiviti mereka selain bantuan-bantuan lain yang diberikan dari semasa ke semasa.

Di majlis yang sama, Dato’ Seri Hamzah memaklumkan bahawa sehingga Disember 2017, terdapat sebanyak 13,900 koperasi berdaftar di negara ini. Daripada jumlah itu, 410 terdiri daripada Koperasi masjid yang dianggotai seramai 28,858 orang.

Katanya, penubuhan Koperasi baharu ini dilihat dapat memberi satu lonjakan baharu kepada bakal-bakal ahlinya yang terdiri daripada imam, bilal, kakitangan istana serta Majlis Agama Isalam Dan Adat Resam Melayu Pahang dalam menjadikan Koperasi sebagai platform untuk membantu mempertingkatkan ekonomi dan sosial anggota terutamanya dalam aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.

Baginda kemudian berkenan menyerahkan bantuan pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang berjumlah RM 1,114,500.00 kepada empat penerima di samping penyerahan tabung modal pusingan kepada enam koperasi yang berjumlah
RM 3,707,000.00.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat