PERALATAN SEKOLAH UNTUK 200 MURID PARLIMEN LAWAS

LAWAS, 27 JANUARI 2018 – Seramai 200 murid dari seluruh Parlimen Lawas hari ini terplilih untuk menerima sumbangan peralatan sekolah menerusi program “Back To School”  yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Agama ( MIS) Lawas dekat sini petang tadi.

Majlis yang disempurnakan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong dalam majlis yang dihadiri kira-kira 400 tetamu.

Majlis ini bagi menyampaikan sumbangan berupa beg, pakaian serta pakaian sekolah kepada murid-murid yang kurang berkemampuan di dalam daerah ini.

Dalam ucapannya, Dato’ Henry mengajak rakyat bersyukur dengan nikmat dan kesejahteraan yang dikecapi hari ini berbanding di sesetengah negara yang rakyatnya sentiasa berada di dalam keresahan dan ketakutan akibat peperangan.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) amat prihatin dengan masalah rakyat berkaitan kos sara hidup dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan meningkatkan penguatkuasaan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.

Program “Back to School” ini adalah salah satu aktiviti atau program yang bertujuan untuk membantu rakyat hasil sokongan dan kerjasama pihak-pihak tertentu termasuk pasaraya besar di negara ini.

Hadir sama, wakil Pejabat Pendidikan Daerah dan Pegawai Daerah Lawas.

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat