Projek / Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Sektor Pemborongan dan Peruncitan

BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA)

Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sasarannya adalah untuk meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari RM23,700 pada 2009 kepada lebih RM48,000 pada 2020 dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan. Program ini akan menfokuskan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara atau National Key Economic Areas (NKEA).

Salah satu daripada 12 NKEA yang akan dilaksanakan ialah Pemborongan dan Peruncitan yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Di bawah NKEA Pemborongan dan  Peruncitan ini, sebanyak 13 projek pemula (EPP) telah dikenalpasti yang  akan menyumbang sebanyak RM83.4 billion (PNK) dan mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru yang merangkupi pelbagai jawatan seperti pengurusan, profesional dan teknikal, eksekutif, penyelia, kerani dan sebagainya sepanjang 10 tahun akan datang.

OBJEKTIF

Membantu Kementerian meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) dengan melaksanakan dasar-dasar di bawah Strategi Model Ekonomi Baru dan strategi-strategi berkaitan.

FUNGSI

  • Merancang, memantau dan menyelaras program dan aktiviti-aktiviti 13 projek NKEA
  • Melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) 7 : Mengurangkan Kos Sara Hidup dengan pelaksanaan projek Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Kedai Optik .1Malaysia
  • 13 EPP tersebut ialah:

[WPSM_AC_SH id=1385]