SEKTOR FRANCAIS SUMBANG KEPADA KPDNKK NEGARA

AMPANG, 21 DISEMBER 2017 – Sektor Francais menjadi penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan sebanyak 27.53 bilion sehingga 30 November tahun ini. Dengan sasaran awal sebanyak RM 27 billion, sektor ini berjaya melepasi sasaran dengan sebanyak 27.53 billion.

Sehingga 1 Disember 2107, terdapat 848 perniagaan francais yang masih dalam proses pendaftaran di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNNK).

Lapan sektor iaitu makanan (39%), pakaian dan aksesori (11%), perkhidmatan dan penyelenggaraan (11%), pusat pembelajaran dan asuhan kanak-kanak (11%), rawatan kecantikan dan kesihatan (10 %), kedai serbaguna dan pasaraya (2%), teknologi maklumat (4 %) dan lain- lain perniagaan sebanyak (12%).

Sektor makanan menjadi penyumbang terbesar dan ini menunjukkan sektor F&B mempunyai prospek yang paling besar serta mempunyai permintaan yang stabil.

Demikian ditegaskan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Dato’ Basarusddin Sadali ketika merasmikan Pelancaran Bisnes Francais MD Putu Bambu di Kelab Darul Ehsan di sini.

Katanya, beberapa inisiatif dilakukan bagi memantapkan pengetahuan, kemahiran serta membantu menghubungkan jenama francais Malaysia ke peringkat global. Ini jelas dengan pencapaian sebanyak 65 jenama francais Malaysia yang kini berkembang di 66 negara di seluruh dunia dengan 4271 outlets.

Beliau turut memuji pengurusan MD Putu Bambu World yang dapat menyajikan menu makanan tradisional yang dijamin halal serta membuka pasaran yang besar bukan sahaja di peringkat tempatan malah mengembangkan sayapnya hingga ke peringkat antarabangsa di dalam pasaran halal yang kini dianggarkan bernilai USD 2.3 trillion.

Katanya, kejayaan jenama MD Putu Bambu World yang kini mempunyai 40 francaisi sejak mula beroperasi pada 2016 merupakan satu kejayaan yang memberangsangkan selain membantu pengusaha tempatan untuk berkembang maju sebagai francaisi.

Hadir sama, Pengerusi MD Foodstuff Sdn.Bhd, Amsani Yem, Pengarah Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Dato’ Syed Kamarulzaman Dato’ Syed Zainol Khodki Shahabudin dan pegawai-pegawai kanan KPDNKK.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat