SELAMAT DATANG KE KPDNHEP

462

PUTRAJAYA, 3 JULAI 2018 – Seluruh warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengalu-alukan kehadiran Menterinya, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya Chong Chieng Jen dalam satu majlis menyambut kedua-duanya di Anjung Seri, Kompleks KPDNHEP di sini pagi tadi.

Kira-kira 500 warga kementerian menunggu sejak pukul 8.30 pagi untuk melihat sendiri wajah dan mengalu-alukan kehadiran kedua – dua pemimpin mereka itu.

Mereka menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan yang terdiri daripada 60 pegawai penguatkuasa KPDNKK. Kemudian, kedua-duanya melakukan simbolik merakam waktu masuk pejabat sebelum beredar untuk mendengar taklimat mengenai KPDNKK di Bilik Mesyuarat Bunga Raya di Aras 10 di sini.

Ketika ditemui media, Dato’ Saifuddin berkata, beliau akan mengkaji peranan dan tanggungjawab kementerian ini melalui sesi taklimat sebelum merancang memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang baharu sesuai dengan peranan dan tanggungjawab kementerian ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Jamil Salleh, kedua-dua Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua –ketua Agensi dan Jabatan di dalam KPDNHEP.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP

Anda Mungkin Juga Berminat Lebih Dari Pengarang yang sama


Jumlah Pelawat