Seranta Awam

Seranta Awam Atas Talian

Seranta Awam Atas Talian (Online Public Engagement) adalah inisiatif Kerajaan dalam memberikan ruang dan galakan kepada orang awam mengutarakan pandangan dan maklum balas bagi semua draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan, dan lain-lain), tidak kira sama ada cadangan baru atau pindaan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen ataupun tidak.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Seranta Awam Atas Talian, sila rujuk  Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012.(PDF, 210KB)

Ruangan ini disediakan adalah untuk mendapatkan penglibatan orang awam terhadap garispanduan/pekeliling/kajian yang dijalankan oleh KPDNKK. Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan awam akan dijadikan panduan untuk menambahbaik perkhidmatan kami. Pandangan/cadangan/pertanyaan mengenai draf ini juga boleh ditujukan kepada : webmaster@kpdnkk.gov.my