SSM TAWAR PENGURANGAN KOMPAUN

PETALING JAYA, 14 OGOS 2018 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menawarkan insentif pengurangan kompaun sehingga 80 peratus sempena kempen Patuh Akta Syarikat 2016, Ambil Berat, Sayangi Syarikat yang bertujuan untuk memberi pemahaman, kesedaran dan peringatan kepada orang awam tentang keperluan dan peruntukan asas yang perlu dipatuhi secara berkala di bawah Akta Syarikat 2016.

Bertemakan “Mulakan Pematuhan Akta Baru dengan Sifar Kompaun” yang berkuat kuasa pada 1 September 2018 hingga 30 Disember 2018 dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato’ Siafuddin Nasution Ismail semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2018 (SSMNC2018) yang berlangusng di Sunway Piramid Convention Centre di sini .

Kadar peratusan pengurangan yang diberi sebanyak 80 hingga 50 peratus bergantung kepada tempoh dan kadar bayaran sebelum 31 Disember 2018 nanti.

Sementara itu, Dato’ Saifuddin turut mengumumkan dua pendekatan baharu yang diambil bagi memastikan peranan SSM sebagai pengawal selia sektor korporat di negara ini terus diperkukuh.

Pendekatan yang diperkenalkan ialah Corporate Rescue Mechanisme (CRM) yang merupakan kerangka undang-undang baharu untuk membantu memulih kedudukan syarikat yang menghadapi kekangan kewangan agar kembali beroperasi seperti sedia kala melalui proses penstrukturan syarikat

Keduanya, Extensible Business Reportring Language (XBRL) atau dikenali sebagai  Malaysia Business Reporting System (MBRS) sebagai platform serah simpan yang membolehkan syarikat menyerah simpan pelaporan tahunan kepada SSM secara dalam talian. Sistem ini dijangka dilancarkan sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2018 untuk semua syarikat tempatan dan asing.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP